Sooka NSL: KL Wildcats wajibkan enam pemain turun berat badan
Astro Arena
Mei 23, 2022 07:00 MYT
Mei 23, 2022 07:00 MYT
KL Wildcats mewajibkan enam pemainnya menurunkan berat badan menjelang saingan Sooka Netball Super League (NSL) bermula 3 Jun depan.
Menurut jurulatih pasukan juara bertahan itu, Norizan Rajab, enam permain berkenaan kini sedang berada dalam satu program penurunan berat badan yang dipantau Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.
"Ia berdasarkan tahap kecergasan pemain dan kemahiran individu," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom.
"Kami mempunyai pemain dengan kemahiran yang agak baik.
"Saya rasa dengan 15 pemain yang dipilih, saya dapat mengimbangi setiap pemain di setiap posisi, jadi saya rasa ia sesuatu yang akan menjadi kekuatan pasukan kami," katanya.