Solskjaer gesa bintang Man United lengkapkan dua dos vaksin

Astro Arena
Ogos 6, 2021 09:44 MYT
Ole Gunnar Solskjaer (tengah) berjabat tangan dengan Anthony Elanga selepas perlawanan persahabatan pramusim antara Queens Park Rangers dan Manchester United di London, Britain, 24 Julai, 2021. - REUTERS
OLE Gunnar Solskjaer menggesa bintang Manchester United mendapatkan vaksin selepas kesilapan yang baru di Preston.
Manchester United terpaksa membatalkan aksi persahabatan pramusim di Preston selepas dilaporkan sembilan orang dalam kalangan pemain dan staf jurulatih diuji positif COVID-19.
Ole Gunnar Solskjaer akan mengadakan pertemuan bersama pemain-pemain Manchester United untuk mendorong mereka mendapat vaksin.
Solskjaer telah mendedahkan bahawa beberapa anggota pemain dalam pasukannya skuadnya tidak mengambil vaksinasi kerana bimbang bagaimana ia boleh mempengaruhi kesihatan dan kecergasan mereka.
United terpaksa membatalkan aksi persahabatan pramusim hujung minggu lalu di Preston setelah sembilan anggota skuad dan staf pelatih diuji positif, sebelum ujian selanjutnya menghasilkan keputusan negatif 24 jam kemudian.
Tetapi Solskjaer memberikan amaran kepada pemain-pemain mengenai impak kegagalan mengambil dua dos vaksin, daripada segi gangguan besar yang mungkin berlaku kepada musim United.

We can't wait to play in front of our biggest Old Trafford crowd since March 2020... and neither can Bruno! #MUFC @B_Fernandes8

— Manchester United (@ManUtd) August 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ole Gunnar Solskjaer #COVID-19 #Manchester United #vaksin #kes positif #Preston #pemain #jurulatih
;