SAINGAN semakin sengit dalam perebutan tempat pertama dan kedua dalam Liga Bual Bola AWANI di laman web Premier League yang menyaksikan pendahulu, Malaysian Chelsea Soljabiru hanya dipisahkan dengan tiga mata di depan Manchester City Malaysia (MCM).

Soljabiru yang diwakili pasukan Halifax Town, Blues FC dan The Blues Blasters berjaya mengumpul 934 mata dengan Che Shamshida Nasir yang mengurus pasukan Blues Blasters terus mendahului carta individu dengan 344 mata.

Sementara itu, MCM kekal di tangga kedua dengan 931 mata namun berjaya mengurangkan defisit 24 mata kepada tiga mata selepas tamat minggu kelima Liga Perdana Inggeris (PL).

Dalam pada itu saingan di tempat ketiga dan keempat juga sengit menyaksikan Arsenal Malaysia berada hanya tiga mata di hadapan trio kelab penyokong Liverpool, All Reds Malaysia yang mengumpul 824 mata.

Tempat kelima diduduki Malaysia Spurs dengan 770 mata manakala kelab penyokong Manchester United, My Man Utd di tangga terakhir dengan 757 mata.

Hemo Hemo FC dari Malaysia Spurs yang sebelum ini hanya dua mata dibelakang Blues Blasters dalam carta individu, jatuh ke tangga kelima dengan 316 mata.

Saingan diteruskan dalam Liga Bual Bola AWANI untuk minggu keenam dengan penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic (£6.8 juta) mencuri tumpuan di bahagian serangan apabila sudah menjaringkan empat gol dan satu assist dalam lima perlawanan.

Mitrovic adalah penyerang kedua terbaik dalam FPL dengan 31 mata, dibelakang Sergio Aguero (£11.4 juta) dan akan menentang Watford di halaman sendiri.

Berikut senarai kedudukan Liga Fantasi Bual Bola AWANI selepas tamat minggu kelima.

1. Malaysian Chelsea Soljabiru
Halifax Town 320
Blues FC 270
The Blues Blasters 344
Jumlah: 934

2. Manchester CIty Malaysia
MCM Cyberjaya 338
MCM Langkawi 329
MCM Tuaran 264
Jumlah: 931


3. Arsenal Malaysia
Play For Fun 304
Ah Zan FC 254
Arsenal Malaysia 269
Jumlah: 827

4. All Reds Malaysia
ARM Mek Mung Mek Aku FC 256
ARM Kaki Langgar FC 278
ARM Pasemboq FC 290
Jumlah: 824

5. Malaysia Spurs
Hemo Hemo 316
TH Master 217
Cap Ayam 237
Jumlah: 770

6. My Man Utd

Return of The King 251
Siti Kasim 237
Sidchan Power Natang 269
Jumlah: 757