'Sokonglah kami dalam keadaan sukar' - Apek

Astro Arena
September 17, 2015 15:46 MYT
Apek menjelaskan pemain tetap akan tampil bersemangat setiap kali turun ke padang sekalipun dihimpit masalah gaji. - Gambar Astro ARENA
Demikian permintaan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kepada penyokong sendiri agar dapat memenuhi Stadium Sultan Muhammad ke-IV, esok ketika berdepan Felda United.
Pencapaian The Red Warriors sememangnya kurang memberansangkan kebelakangan ini, namun kemenangan selesa 3-0 ke atas Selangor Sabtu lalu seharusnya menjadi tonik terbaik untuk mengembalikan kepercayaan penyokong.
Akhbar Berita Harian hari in melaporkan Khairul Fahmi yang dipanggil Apek berkata, "sejak kebelakangan ini penyokong kurang memberi sokongan selepas kami mempamerkan aksi kurang memuaskan musim ini. Sepatutnya ia tidak berlaku dan meraka harus kekal penyokong pasukan terutama dalam keadaan getir.
"Mereka tidak seharusnya menyokong ketika kami berada di atas, mereka sepatutnya turut menyokong ketika kami dalam keadaan sukar."
Apek menjelaskan pemain tetap akan tampil bersemangat setiap kali turun ke padang sekalipun dihimpit masalah gaji.
#Felda United #Khairul Fahmi Che Mat #The Red Warriors
;