BAYERN 5 BESIKTAS 0

Bayern Munich menempah slot ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas meraih kemenangan 5-0 ke atas Besiktas tetapi Thomas Muller dan Arjen Robben tidak berpuas hati dengan persembahan pasukan.

Beraksi dengan 10 pemain - Domagoj Vida dilayangkan kad merah pada minit ke-16 - Besiktas mempamerkan persembahan yang cemerlang apabila menggagalkan percubaan Bayern, hingga Muller menemui jalan untuk menembusi barisan pertahanan sebelum tamat separuh masa pertama.

Selepas perlawanan bersambung, Muller menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan ini sebelum Kingley Coman dan Robert Lewandowski memastikan kemenangan selesa buat Bayern sekaligus menyaksikan mereka selangkah untuk mara ke pusingan suku akhir.

"Kad merah telah membantu kami, walaupun kami gagal menggunakan peluang yang terhidang dalam babak pertama, kami tidak begitu agresif," kata Muller.

"Kami perlu bermain seperti apa yang telah dipamerkan pada separuh masa kedua.

Ia merupakan kemenangan ke-14 Bayern dalam semua kejohanan dan ke-12 di laman sendiri.

Tetapi Arjen Robben – yang menggantikan James Rodriguez berkata, "Kami tidak bermain dengan baik pada separuh masa pertama.

"Pengendali pasukan, Jupp Heynckes, telah menyuarakan perkara ini dan kami telah bermain dengan baik selepas perlawanan bersambung."

Bayern berkunjung ke Istanbul bagi aksi timbal balik pada 14 Mac.