Skuasy Terbuka Macau: Mohd Nafiizwan tundukkan pilihan utama
Astro Arena
September 19, 2015 10:00 MYT
September 19, 2015 10:00 MYT
Pemain negara, Mohd Nafiizwan Adnan mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan utama, Omar Mosaad di suku akhir kejohanan skuasy Terbuka Macau di Centro de Bowling, Macau semalam.
Pemain negara, Mohd Nafiizwan Adnan mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan utama, Omar Mosaad di suku akhir kejohanan skuasy Terbuka Macau di Centro de Bowling, Macau semalam.
Kemenangan 7-11, 11-4, 11-8, 6-11, 11-7 dalam masa 75 minit ke atas pemain Mesir itu turut memberi peluang kepada Mohd Nafiizwan untuk memburu gelaran keduanya musim ini selepas mara ke separuh akhir.
Mohd Nafiizwan yang meraih gelaran pertamanya musim ini di Kejohanan Klasik Antarabangsa New Zealand pada Jun lepas, akan berdepan dengan seorang lagi pemain Mesir, Fares Dessouki di separuh akhir esok.
Fares yang juga pilihan keenam mara ke separuh akhir selepas bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menjinakkan pilihan ketiga, Borja Golan dari Sepanyol 9-11, 9-11, 11-4, 11-8, 11-7 dalam satu lagi aksi suku akhir yang berlarutan selama 98 minit.
Cabaran pemain wanita negara berakhir di pusingan pertama semalam selepas Delia Arnold kalah di tangan pilihan kedua, Nour El Tayeb dari Mesir.