Skuasy Terbuka Dunia: Wee Wern tersingkir
Bernama
Disember 20, 2012 12:31 MYT
Disember 20, 2012 12:31 MYT
Pemain skuasy nombor dua Malaysia, Low Wee Wern tersingkir daripada Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia yang sedang berlangsung di Kepulauan Cayman pada Rabu.
Dalam perlawanan suku akhir di Camana Bay, pemain nombor tujuh dunia itu kalah kepada pemain England Laura Massaro, 11-8, 4-11, 5-11 dan 5-11 dalam 45 minit.
Cabaran Malaysia pada kejohanan itu akan diteruskan ratu skuasy negara yang juga pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David.