Skuasy: Eain Yow juara Terbuka Ireland
Sinar Harian
April 24, 2023 21:44 MYT
April 24, 2023 21:44 MYT
PEMAIN skuasy lelaki, Ng Eain Yow melakar sejarah tersendiri apabila muncul pemain keempat Malaysia yang berjaya menjuarai Terbuka Ireland di Dublin pada Ahad.
Tampil selaku pilihan pertama kejohanan, Eain Yow memastikan gelaran juara menjadi miliknya hasil kemenangan ke atas pemain Mesir, Aly Abou Eleinen 12-10, 11-3, 11-2 di pentas final.
Kemenangan tersebut menyaksikan pemain ranking ke-21 itu merekodkan gelaran keenam dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Kejuaraan di Dublin juga dilihat mampu mengembalikan semula keyakinan Eain Yow selepas tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Britain awal bulan ini.
Sementara itu, pemain muda negara yang sedang meningkat naik, Aira Azman terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara acara individu wanita.
Dalam aksi final, Aira terpaksa akur apabila tewas 11-8, 5-11, 4-11, 9-11 kepada pemain England, Jasmine Hutton.