Skuasy Berpasukan Dunia: Pasukan lelaki Malaysia tersingkir

Bernama
Jun 14, 2013 03:39 MYT
Gambar Arkib
Pasukan skuasy lelaki Malaysia tersingkir apabila kalah kepada tuan rumah pada perlawanan suku akhir kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) di Mulhouse, Perancis semalam.
Malaysia kalah 0-2 kepada pasukan lelaki Perancis.
Pemain nombor dua negara Mohd Nafiizwan Mohd Adnan kalah kepada Theiry Lincou 6-11, 11-8, 7-11, 7-11 dalam masa 52 minit manakala Ong Beng Hee tewas kepada Gregory Gaultier 6-11, 6-11, 5-11 dalam masa hanya 42 minit.
Selain Perancis, pasukan lain yang layak ke separuh akhir ialah Mesir, Australia dan England.
#Dunia #Mulhouse #Perancis #Skuasy/lelaki