Skuad wanita gelisah menanti ranking baru BWF

Astro Arena
Mac 2, 2016 20:00 MYT
FROST: Saya sudah buat kiraan saya sendiri dan saya jangka kami akan layak sebagai pasukan terakhir di tempat ke-16 dunia.
Skuad badminton wanita negara menanti penuh debar sama ada mampu layak ke pusingan akhir Piala Uber di China, berdasarkan ranking terbaharu yang akan dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Bagi jurulatih badminton wanita negara, Wong Pei Ty, dia cukup yakin berdasarkan ranking semasa ketika ini, pasukan badminton wanita negara mampu mencuri slot untuk beraksi dalam pusingan akhir edisi Piala Uber kali ini.
“Sama ada kami layak atau tidak, kami akan ikut jadual kejohanan kami yang telah ditetapkan. Jika kita layak, semestinya pasukan wanita perlu pamer aksi yang lebih meyakinkan kerana prestasi mereka kurang memuaskan baru-baru ini," kata Pei Ty.
Untuk rekod, hanya lima negara akan dipilih beraksi dalam saingan Piala Uber pada kali ini berdasarkan kedudukan ranking dunia untuk kuota benua Asia.
Sementara itu, Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost langsung tidak gusar dengan situasi ini, sambil sifatkan pasukan wanita yang hanya mara ke suku akhir di peringkat kelayakan di Hyderabad sudah berikan prestasi yang terbaik andai nasib tidak sebelahi mereka bersaing di pusingan akhir nanti.
"Bagi Piala Uber, sedikit berbeza degan Piala Thomas kerana kami turunkan atlet-atlet wanita terbaik kami dan kami tetap gagal layak menerusi merit.
"Saya sudah buat kiraan saya sendiri dan saya jangka kami akan layak sebagai pasukan terakhir di tempat ke-16 dunia. Bagaimanapun, kedudukan ranking itu boleh berubah secara mengejutkan jadi kami akan tahun pada hari esok sama ada saya betul atau salah," kata Frost.
Juara bertahan dan tuan rumah China, Jepun, Korea Selatan dan Thailand antara yang telah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Uber, di China, Mei depan.
Perjalanan untuk layak bukan mudah, dengan hanya 16 slot jadi rebutan.
Slot automatik hanya buat juara bertahan serta negara tuan rumah, selain empat pasukan yang sampai ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia dan Eropah layak.
Satu slot pula buat juara setiap benua selain Eropah dan Asia, dan baki satu slot lagi milik penghuni tiga ranking tertinggi BWF yang mungkin peluang terakhir buat Malaysia ke Piala Thomas nanti.
Edisi 2014 Kejohanan Badminton Siri Super Malaysia merupakan edisi terbaik apabila Datuk Lee Chong Wei memenangi final perseorangan manakala pasangan Goh V Shem dan Lim Kim Hwa ungguli saingan bergu lelaki.
Malaysia kecundang tahun lalu, justeru Malaysia harus bangkit musim 2016 untuk kembali mencengkam di kejohanan ini.
#badminton #BWF #morten frost #Piala Uber #skuad wanita negara
;