Skuad Tok Gajah dilarang mohon lesen Kelab AFC selama dua tahun bermula 2018 - FAM

Nursyazwani Saiful Sham
Disember 21, 2017 12:29 MYT
Larangan yang membabitkan tahun 2018 dan 2019 itu bakal menyebabkan skuad Tok Gajah tidak akan bermain untuk Piala AFC 2019 dan 2020.
Persatuan Bolasepak Pahang dilarang memohon Lesen Kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selama dua tahun.
Larangan yang membabitkan tahun 2018 dan 2019 itu bakal menyebabkan skuad Tok Gajah tidak akan bermain untuk Piala AFC 2019 dan 2020.
Keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kali keempat penggal 2017-2021 pada Rabu.
Selain itu, persatuan tersebut turut diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat sekiranya mereka mengulangi kesalah yang sama.
Persatuan Bolasepak Pahang dikatakan melanggar Artikel 14 iaitu enggan atau gagal mendaftarkan pasukan untuk bermain dalam Piala AFC 2018 walaupun telah diarahkan oleh FAM.
Persatuan tersebut diarahkan untuk berbuat demikian melalui surat bertarikh 24 November 2017.
#Asia #bola sepak #FAM #Pahang #Persatuan Bola Sepak Pahang #Persatuan Bolasepak Malaysia #Tok Gajah
;