Skuad tenpin bowling raih pingat emas pada Kejohananan Bowling Lelaki Dunia
Kohilah Sekaran
Disember 2, 2018 23:12 MYT
Disember 2, 2018 23:12 MYT
Satu lagi berita gembira daripada skuad tenpin bowling negara!
Pasangan beregu lelaki, Adrian Ang dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam berjaya meraih pingat emas dalam acara beregu lelaki pada Kejohanan Bowling Lelaki Dunia 2018, di Hong Kong pada Ahad malam.
Mereka menewaskan pesaing Amerika Syarikat dengan mencatat 433-370 jatuhan pin pada final.
Perkara ini diumumkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia di laman Twitter rasmi mereka.
Pada Sabtu lalu, pemain tenpin bowling negara, Rafiq Ismail menamatkan kemarau 39 tahun apabila berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara perseorangan di Kejohanan Bowling Dunia Lelaki di Hong Kong.
#Adrian Ang
#berita sukan
#bowling
#Hong Kong
#Kejohanan Bowling Dunia
#Malaysia
#Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam