Skuad penyu benam Selangor 3-1

Bernama
Mac 11, 2016 00:01 MYT
emain Terengganu Yong Kuong Yong (kiri) cuba menghalang pemain Selangor R. Gopinathan (kanan) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam tadi. - Gambar Bernama
Dua jaringan Issey Nakajima dan satu dari Juan Jose Morales membantu Terengganu menewaskan Selangor 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, malam tadi.
Nakajima, pemain import dari Kanada membuka jaringan tuan rumah menerusi rembatan dari luar kotak penalti sejurus sebelum waktu rehat.
Seminit selepas bersambung babak kedua, tuan rumah dikejutkan dengan gol penyamaan Selangor yang dihasilkan R.Gopinathan.
Ketika kedua-dua pasukan sukar menambah jaringan, Nakajima memberi amaran awal dengan rembatannya pada minit ke-77, namun ia tersasar.
Begitupun dua minit kemudian, Morales bijak menggunakan peluang yang terhidang di depan pintu gol lawan untuk membolehkan skuad bimbangan Mike Mulvey kembali mendahului perlawanan.
Nakajima terus menambah derita pasukan pelawat dengan menanduk masuk bola hantaran Joseph Kalang Tie, sekali gus menghadiahkan jaringan ketiga pada minit ke-87.
Selepas lima perlawanan, Terengganu kini menduduki tangga keempat liga dengan sembilan mata manakala Selangor turun ke tangga kedua dengan 10 mata.
#Dua jaringan Issey Nakajima dan satu dari Juan Jose Morales membantu Terengganu menewaskan Selangor 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin #Mike Mulvey
;