Skuad negara kini beralih tumpuan kepada Piala Thomas

Astro Arena
Februari 23, 2022 08:23 MYT
Rexy Mainaky bersama pasukan badminton lelaki negara yang muncul juara BATC 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, pada Ahad. - Facebook BAM
SUSULAN kejayaan kem negara dalam Kejohanan Berpasukan Asia (BAC), fokus acara berpasukan negara selepas ini sudah pasti terarah kepada kejohanan Piala Thomas.
Dan dikhabarkan beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, berpeluang untuk buat penampilan pertama di Piala Thomas Bangkok 2022 Mei depan.
Perkara itu dikongsikan Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, yang memiliki perancangan awal apabila kejohanan tersbebut berlangsung pada bulan sama dengan Sukan SEA Vietnam.
"Kami telah membuat perancangan dan tidak boleh melupakan khidmat pemain seperti Ee Yi dan Yew Sin bagi saingan Sukan SEA. Mereka mampu mempamerkan kebolehan mereka dalam acara berpasukan dan regu Mei nanti."
"Jika kami dipanggil berlatih bersama BAM, kami akan cuba memberikan yang terbaik buat Malaysia dan dapat beraksi dalam acara berpasukan, ia merupakan satu acara yang jarang kami sertai selepas bergelar pemain profesional dan peluang ini akan digunakan sebaik mungkin."
BACA: BATC: Malaysia muncul juara selepas jinakkan Indonesia
BACA: BATC: Agong, Raja Permaisuri ucap tahniah kepada skuad lelaki kebangsaan
Sementara itu, bekas perseorangan nombor satu dunia, Roslin Hashim, berharap skuad lelaki negara tidak leka dibuai kejayaan di minggu lalu.
Bagaimanapun, sejarah dilakar kem kebangsaan itu merupakan satu permulaan baik buat mereka dalam mengharungi cabaran utama, Piala Thomas yang bakal berlangsung kurang tiga bulan lagi.
Roslin juga menjelaskan kejohanan itu bukti barisan pemain negara memiliki pendedahan yang baik meskipun pasukan lawan kebanyakannya menurunkan khidmat skuad kedua mereka.
#Piala Thomas #Roslin Hashim #Rexy Mainaky #BATC
;