"Skuad kebangsaan perlu contohi JDT" - Satianathan

Astro Arena
September 17, 2015 02:00 MYT
Menurut Satia, dengan ada struktur pengurusan dan barisan kejurulatihan yang mantap memungkinkan JDT mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC. - Gambar Fail
Bekas pengendali skuad bola sepak negara, B. Satianathan yakin Johor Darul Takzim (JDT) mampu menjadi wakil pertama melayakkan diri ke Liga Juara-Juara AFC.
Satia beranggapan dengan ada struktur pengurusan dan barisan kejurulatihan yang mantap memungkinkan JDT mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC.
Beliau turut memuji visi kelab selatan tanah air itu yang diilhamkan Penaung DiRaja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Hasil daripada perancangan dan wawasan beliau menyebabkan impian ke separuh akhir tercapai, dengan cara mereka memimpin memang ketara mereka akan pergi jauh," katanya.
Disamping itu, Satia berpendapat skuad kebangsaan turut mampu melakar kejayaan sekiranya mengikut struktur sama.
"Kalau kita ada struktur yang baik kita mampu capai sepertimana dilakukan JDT," katanya.
#B. Satianathan #harimau Malaya #JDT #Johor Darul Takzim #PBNJ #Tunku Ismail Sultan Ibrahim
;