Skuad Harimau Malaya tempang

Astro Awani
Januari 27, 2013 11:41 MYT
Keupayaan skuad bola sepak senior kebangsaan pada perlawanan pusingan kelayakan piala asia 2015 sukar diramal.
Ini berikutan kecederaan 11 pemain yang dikatakan akan menjejaskan persembahan pasukan.
Perkara itu dimaklumkan ketua jurulatih, Datuk K.Rajagobal.
Menurutnya, sehingga kini tujuh pemain kemungkinan besar tidak dapat beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Iraq dan aksi kelayakan piala asia berdepan Qatar.
Antara tonggak yang mengalami kecederaan adalah penyerang Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, K. Gurusamy, S.Kunalan, Bunyamin Omar dan Fitri Omar.
Lantas Rajagobal mengakui tugas Harimau Malaya bagi semakin sukar dan mencabar bagi aksi dengan Qatar nanti.
Dalam perkembangan sama, Rajagobal memaklumkan pemain Felda United, Shahrizal Saad turut dipanggil bagi menyertai kem latihan skuad kebangsaan.
Senari pemain kebangsaan yang cedera:
1. Safee Sali
2. Norshahrul Idlan Talaha
3. Hairuddin Omar
4. Amar Rohidan
5. Gary Steven Robbat
6. Wan Zack Haikal Wan Noor
7. Farizal Marlias
8. K.Gurusamy
9. S.Kunanlan
10. Bunyamin Omar
11. Fitri Omar
#bola sepak #K.Rajagobal #kelayakan piala Asia #Qatar
;