Skuad boling lelaki negara muncul juara Piala Dunia di Hong Kong

Astro Arena
Januari 14, 2025 17:03 MYT
Skuad boling lelaki negara muncul juara dalam cara berpasukan Piala Dunia Boling Tenpin selepas menewaskan Puerto Rico 3-2. - Foto Stadium Astro
SKUAD boling lelaki negara muncul juara dalam acara berpasukan Piala Dunia Boling Tenpin selepas menewaskan Puerto Rico 3-2, di Kowloon, Hong Kong.
Wakil negara yang dibarisi Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Muhammad Rafiq Ismail dan Tun Hakim Tun Hasnul Azam memenangi tiga daripada empat perlawanan dengan keputusan 203-170, 216-257,197-180,185-222,227-161, untuk merangkul gelaran itu.
Untuk rekod, kejayaan mara ke pentas akhir selepas menyingkirkan Kuwait 3-1, dan mengulangi pencapaian bergelar juara pada 2003 di Denmark. -- Stadium Astro
#Skuad boling lelaki #muncul juara #Piala Dunia Boling Tenpin #acara berpasukan #Hong Kong #terkini
;