Skuad bola baling pantai wanita Norway didenda: 'Saya bayarkan!' - Pink

Astro Awani
Julai 27, 2021 12:05 MYT
Pink mengumumkan sanggup membayar denda yang dikenakan terhadap skuad bola baling wanita dari Norway. - Sumber foto Twitter @NORhandball
PENYANYI popular, Pink menawarkan untuk menjelaskan pembayaran denda yang dikenakan terhadap pasukan bola baling pantai wanita Norway.
Ia selepas pasukan itu dikenakan denda RM7,494 (1,500 Euro) kerana memilih untuk memakai seluar pendek berbanding bikini ketika Kejohanan Bola Baling Pantai Eropah.
Menerusi perkongsian di Twitter rasminya, Pink memaklumkan dia akan menjelaskan pembayaran denda tersebut kerana turut berbangga dengan tindakan pasukan itu yang berpendirian tetap.
“Saya bangga dengan pasukan bola baling pantai wanita Norway kerana protes terhadap peraturan seksis yang ditetapkan.
“Persekutuan Bola Baling Eropah (EHF) yang sepatutnya dikenakan denda atas peraturan yang seksis. Keputusan yang tepat! Saya gembira untuk membayarkan denda itu,” kongsinya.

Im VERY proud of the Norwegian female beach handball team FOR PROTESTING THE VERY SEXIST RULES ABOUT THEIR uniform. The European handball federation SHOULD BE FINED FOR SEXISM. Good on ya, ladies. Ill be happy to pay your fines for you. Keep it up.

— P!nk (@Pink) July 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Minggu lalu, EHF memaklumkan pasukan wanita itu dikenakan denda kerana "pakaian yang melanggar peraturan”.
Dalam kenyataan EHF berkata, Suruhanjaya Tatatertib mengenakan denda sejumlah 150 Euro kepada setiap pemain dengan keseluruhan membabitkan 1,500 Euro.
Tambahnya, pemain Norway beraksi memakai seluar pendek yang "tidak terkandung dalam syarat yang ditetapkan sebagai pakaian atlet dalam Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF) bagi undang-undang perlawanan bola baling pantai.
Menerusi perkongsian di Instagram rasmi pasukan bola pantai wanita itu, mereka berterima kasih kepada Pink atas sokongan yang diberikan.
#Instagram #Twitter #undang-undang #pink #pasukan bola baling pantai wanita #Norway #denda
;