Skuad badminton sekadar raih pingat gangsa

Astro Arena
Julai 8, 2015 16:39 MYT
Skuad badminton berpasukan campuran Malaysia terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas gagal menumpaskan barisan simpanan Korea Selatan dalam aksi separuh akhir.
Skuad badminton berpasukan campuran Malaysia terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas gagal menumpaskan barisan simpanan Korea Selatan dalam aksi separuh akhir.
Malaysia pasti terkilan apabila Korea Selatan turun dengan pemain simpanan dengan bintang beregu Lee Yong Dae dan perseorangan utama Son Wan Ho direhatkan.
Sebaliknya mereka kekal dengan kombinasi Kim Ki Jung dan Kim Sa Rang yang berada di ranking ke-12 dunia untuk aksi beregu lelaki.
Gandingan Malaysia Jagdish Singh dan Low Juan bagaimanapun persiakan peluang emas untuk merampas mata pertama Malaysia tewas tipis dalam aksi straight sets 22-20, 21-18.
Perseorangan wanita Sylvia Kavita Kumares bagaimanapun bukan tandingan perseorangan ketiga mereka Kim Hyo Min.
Hyo Min hanya memerlukan masa 21 minit untuk menghadiahkan mata kedua korea selatan menerusi kemenangan 21-4, 21-7.
Perseorangan lelaki Arif Latif juga tidak terdaya menghalang kekalahan skuad negara ketika dia diperlukan untuk menghidupkan sisa perjuangan.
Akhirnya Arif tewas straight sets 21-16,21-18 kepada Jeon Hyeokjin.
#badminton #gangsa #Jagdish Singh #Korea Selatan #Lee Yong Dae #Low Juan #Son Wan Ho
;