Walaupun gagal melangkah ke pusingan suku akhir, Ketua Jurulatih Skuad Bawah 23 (B-23) Datuk Ong Kim Swee mengakui skuad kendaliannya meraih pengalaman lebih berharga di temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.
Beliau berkata antara pengalaman yang diperoleh adalah empat perlawanan bermutu tinggi dalam saingan peringkat kumpulan termasuk menundukkan juara bertahan Korea Selatan dalam perlawanan Kumpulan E.
"Secara jujurnya kita memang kecewa di mana kita ingin ke peringkat lebih tinggi tapi pada masa yang sama kita dapat pengalaman yang berharga dan berguna iaitu empat perlawanan yang bermutu tinggi.
"Yang positifnya dan menjadi kebanggaan kita ialah kita berjaya menewaskan pasukan Korea Selatan kerana kita tahu mereka menurunkan pasukan yang bermain dalam Piala Dunia dan mempunyai bintang mereka tapi kita telah membuktikan kita mampu bersaing untuk mendapatkan keputusan yang baik.
"Seperti mana juga dengan pasukan Jepun semalam hingga minit terakhir kita tewas dengan sepakan penalti," katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Kalau skuad negara tidak bertanding di Sukan Asia, pemain B-23 tidak akan berpeluang untuk bermain dengan pasukan yang berkualiti.
Perjuangan skuad bola sepak B-23 negara dalam kempen Sukan Asia 2018 berakhir selepas tewas tipis 0-1 kepada Jepun yang mendapat sepakan penalti pada minit ke-88 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Chandrabhaga malam tadi.
Ayase Ueda menyempurnakan sepakan penalti itu yang dihadiahkan kepada pasukan Jepun selepas pemain pertahanan negara Dominic Tan menjatuhkan Ueda, sekali gus meranapkan impian Malaysia melakar sejarah mara ke peringkat suku akhir.
Dalam pada itu, Kim Swee berkata persiapan lebih rapi akan dilakukan bagi menghadapi kejohanan kelayakan Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) yang akan berlangsung pada Mac tahun depan.
Katanya, perkara itu telah dibincangkan dengan pihak pengurusan termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.
Malah, Kim Swee turut menyuarakan hasrat untuk memperbanyakkan perlawanan persahabatan yang bermutu tinggi yang diakui memberi impak kepada skuad kendaliannya kali ini.
"Saya ada lebih kurang 10 pemain. Kita tahu pemain seperti Daniel Amier (Muhammad Daniel Amier Norhisham) dan Syamil Kutty (Abba), mereka masih boleh bersama kita. Majoriti pemain yang ada akan beri impak yang berlainan dan sudah tentu memberi satu pasukan yang lebih kuat.
Tapi kita perlu bersiap sedia daripada awal di mana kita tidak lagi boleh menunggu hingga saat akhir di mana hanya lakukan latihan selama seminggu atau dua minggu sebelum menyertai kejohanan kelayakan Piala AFC pada Mac tahun depan.
Kita perlu lakukan sesuatu yang lebih rapi sebelum kita menyertai kelayakan dan selepas itu mengadakan banyak perlawanan persahabatan terutama di luar negara di mana kalau kita lihat pada tahun ini sahaja kita bermain sebanyak lapan perlawanan bermutu tinggi daripada Piala AFC di China dan Sukan Asia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 25 2018

Kalau skuad negara tidak bertanding di Sukan Asia, pemain B-23 tidak akan berpeluang untuk bermain dengan pasukan yang berkualiti. - Bernama

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Piala Asia B-23: Mukhairi Ajmal akui kelekaan bawa padah buat skuad Malaysia
Harapan mereka untuk melolosi peringkat kalah mati tertutup selepas kekalahan 0-3 kepada Thailand.

Cheng Hoe dedah pemain B-23 negara diserap dalam skuad kebangsaan
Pencapaian pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Kejuaraan AFC B-23 2018 di China dan Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang jadi kriteria utama.

AFC B-23: Pencapaian kita membanggakan, kata Kim Swee
Pencapaian anak buah Datuk Ong Kim Swee tetap membanggakan menerusi kemampuan bersaing hebat dengan beberapa pasukan handalan Asia.