Skuad B-23: Pengalaman luar negara Richard Chin jadi sandaran

Astro Arena
November 19, 2023 07:30 MYT
Richard sudah pun melaporkan diri lebih untuk menjalani latihan pusat di Wisma FAM bagi fasa pertama kem latihan menjelang Piala Asia di Qatar, April depan. - Stadium Astro
KELIBAT Richard Chin yang memasuki hari ketiga bersama skuad B-23 negara disambut baik walaupun mungkin ia masih di peringkat awal.
Richard sudah pun melaporkan diri lebih untuk menjalani latihan pusat di Wisma FAM bagi fasa pertama kem latihan menjelang Piala Asia di Qatar, April depan.
Sehubungan itu, pertahanan tengah yang juga pemain terbaik final Piala MFL, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, memuji kehadiran pemain warisan Malaysia-England tersebut yang sedikit sebanyak memberikan persaingan yang baik antara mereka.
"Latihan bersama skuad kebangsaan dan kelab tidak jauh berbeza.
"Mungkin konsep latihan di bawah (kendalian Juan Torres Garrido) lebih menerapkan penguasaan bola dan tiada masalah untuk kami menyesuaikan diri dengan taktikalnya dengan segera.
"Lagipun tempoh persiapan semakin suntuk," katanya di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur petang tadi.
"Perlawanan persahabatan antarabangsa penting tapi saya rasa (komitmen) dalam latihan juga penting untuk saya curahkan 100 peratus.
"Semua pemain bersemangat. Mungkin Richard boleh mempertaruhkan pengalamannya beraksi di luar negara.
"Sama ada dia bersikap mata cuma saya idak pasti adakah dia masih malu. Mungkin ini adalah sebahagian daripada karakternya," katanya sebelum sesi latihan petang tadi.
Dalam masa sama, seorang lagi tonggak remaja negara, Muhammad Umar Hakeem Suhar Rezwan, yakin mereka mampu memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.
Walaupun tiada sebarang perlawanan persahabatan antarabangsa diaturkan, setiap sesi latihan mampu mempersiapkan mereka ke tahap terbaik. - Stadium Astro
#bola sepak #skuad B-23 #Piala Asia #Richard Chin
;