Skuad B-13 JDT terlepas tiket final Festival Bolasepak Antarabangsa JSE
Astro Arena
Disember 16, 2024 12:10 MYT
Disember 16, 2024 12:10 MYT
JDT B-13 akan berdepan Kantararom School (Thailand) dalam penentuan tempat ketiga. - Stadium Astro
SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT) B-13 akan turun merebut penentuan tempat ketiga Festival Bolasepak Antarabangsa JSE, Thailand, hari ini.
JDT lolos daripada Kumpulan A yang turut menempatkan dua kelab tempatan, Ratchaburi dan Port FC selain Qingdao Quickboy dari China.
Skuad pembangunan Harimau Selatan itu mencipta kemenangan bergaya 6-1 ke atas Port FC di peringkat kumpulan selain mencetak kejayaan 4-0 ke atas Chonburi dalam suku akhir.
Namun, laluan mereka ke perlawanan akhir di daerah Lopburi itu disekat satu lagi wakil tempatan, Bangkok Christian College (BCC), 0-2.
Dan untuk itu mereka akan berdepan Kantararom School (Thailand) dalam penentuan tempat ketiga, manakala Kashima Antlers akan berentap dengan BCC untuk penentuan juara. -- Stadium Astro