PUTRAJAYA: Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari yang terlibat dalam kemalangan kereta pada awal pagi Ahad, kini berada dalam keadaan stabil setelah diberikan rawatan rapi di Hospital Putrajaya.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang melawat Sivasangari pada petang ini, memaklumkan atlet berusia 23 tahun itu dijangka memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya sebelum dapat kembali ke gelanggang.
Beliau berkata atlet kelahiran Kedah itu, yang juga merupakan pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Komanwel 2022 Birmingham, tidak dapat menyertai temasya berkenaan yang dijadual bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
"Status Siva (Sivasangari), dia sedar dan Alhamdulillah saya sempat berikan kata-kata perangsang dan sokongan kepada beliau...ibu bapanya juga berfikiran positif dan riak wajah Siva juga positif. Gembira beliau ada semangat yang begitu kental.
"Apabila saya mengetahui tentang ini, saya sangat bimbang, tapi apabila saya berbincang dengan pakar perubatan dan doktor yang begitu cekap merawat, mereka berkata keseriusan kecederaannya boleh sembuh, jadi saya rasa lega," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Sivasangari.
Ahmad Faizal berkata pihak Institut Sukan Negara (ISN) turut akan memberikan rawatan susulan kepada Sivasangari sekiranya diperlukan untuk pulih sepenuhnya.
Beliau turut menasihatkan barisan atlet negara supaya tidak keluar ke mana-mana sekiranya tidak mempunyai keperluan dan kepentingan demi menjaga keselamatan terutamanya apabila menghampiri temasya sukan utama.
"Kita sebolehnya ingin mengelak sebarang insiden tak diingini menimpa atlet negara yang sudah mengadakan persiapan sekian lama...ia boleh menghalang mereka untuk bertanding. Saya harap seluruh negara sama-sama berdoa agar Sivasangari segera sembuh," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Hospital Putrajaya Dr Mohammad Khairol Anwar Yusof berkata Sivasangari mengalami kecederaan di muka dan tulang belakang (C1) namun berada dalam keadaan stabil.
Beliau bagaimanapun memaklumkan pihaknya masih belum dapat mengesahkan berapa lama atlet itu dijangka dirawat di hospital tersebut.
"Dia (Sivasangari) mengalami sedikit luka di bahagian muka, beberapa kecederaan di bahagian belakang dan mengenai berapa lama dia perlu berada di hospital bergantung kepada pemerhatian kita, kami komited menjaga atlet negara dan bersama-samalah kita berdoa agar Sivasangari dapat sembuh dengan segera," katanya.
BACA: Impian Sivasangari ke Sukan Komanwel Birmingham musnah selepas terlibat kemalangan
Apabila ditanya sama ada Sivasangari memerlukan pembedahan tambahan selepas ini, Dr Mohammad Khairol Anwar berkata masih terlalu awal untuk mengetahui perkara itu, namun pasukan pakar akan memantau atlet berkenaan dari semasa ke semasa.
"Terlalu awal untuk kita membuat spekulasi sama ada dia boleh bermain atau tidak, sekarang kita perlu fokus kepada pemulihannya dahulu dan sudah tentu selepas itu dia menjalani sesi pemulihan dan latihan untuk mewakili negara kita,"
Menurut kenyataan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semalam, seorang wanita cedera di kepala dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Lebuhraya Express Maju pada pukul 3.46 pagi.
Komander Operasi JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya Pegawai Bomba Kanan II Rosman Ab Rahman berkata pihaknya menerima laporan awal melibatkan kereta Proton Saga BLM terbakar 90 peratus selepas melanggar belakang lori muatan satu tan sebelum terbabas dan terbakar.
Sivasangari, yang merupakan pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Komanwel bersama atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin adalah antara harapan pingat emas buat Malaysia pada temasya sukan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022

Ahmad Faizal bercakap dengan salah seorang ahli keluarga S. Sivasangari sewaktu melawat atlet terbabit hari ini. - Foto Facebook Faizal Azumu
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Sivasangari raih gelaran pertama musim ini di Piala Cincinnati Gaynor 2025
Pemain skuasy negara S. Sivasangari menewaskan pilihan kedua tuan rumah Amanda Sobhy dalam perlawanan sengit lima set.

Skuasy: Sivasangari calon pemain terbaik anugerah PSA
Jaguh skuasy negara S Sivasangari merupakan antara lima pemain wanita terbaik dunia yang dicalonkan bagi merebut gelaran Pemain Terbaik Wanita Persatuan Skuasy Profesional (PSA).

Cabaran hebat menanti Sivasangari, Eain Yow pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari mengetuai kemaraan pemain Malaysia dalam kempen Kejohanan Skuasy Dunia 2024 di Mesir.

Sivasangari dinobatkan Atlet Terbaik April oleh The World Games
Ia sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lepas.

Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.

Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.

Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.

Skuasy Klasik London: Sivasangari singkir pemain No. 1 dunia El Sherbini
Juara Sukan Asia 2022 itu mengambil masa 24 minit untuk mencipta kejutan ke atas El Sherbini 11-9, 11-9.

Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland
S Sivasangari tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.

Sivasangari mara ke separuh akhir di Cleveland
Pemain wanita tunggal kedudukan ke-16 dunia itu menumpaskan Alicia Mead dari England 11-6, 11-8, 11-8 dalam masa 23 minit.