Sivasangari dinobatkan Pemain Terbaik Ivy League

Bernama
Februari 17, 2022 18:32 MYT
Pemain berusia 23 tahun dari Kedah yang kini berpangkalan di AS itu, adalah pemain pertama dari Universiti Cornell yang menerima anugerah itu.- Bernama
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy negara S. Sivasangari mengorak langkah besar di Amerika Syarikat (AS) apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Ivy League, semalam.
Pemain berusia 23 tahun dari Kedah yang kini berpangkalan di AS itu, adalah pemain pertama dari Universiti Cornell yang menerima anugerah itu.
Menurut pengumuman di laman web pasukan sukan rasmi universiti, https://cornellbigred.com, Sivasangari mempunyai rekod kemenangan 12-0 yang memberangsangkan untuk mengharungi perlawanan musim ini.
Sivasangari yang kini menghuni ranking ke-26 dunia, bersama-sama rakan senegara dan rakan seuniversiti Wen Li Lai turut dipilih secara sebulat suara ke dalam pasukan All-Ivy League.
"Sangat gembira kerana dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Ivy League! Sorakan kepada pasukan terbaik saya di Cornell," Sivansangari berkata menerusi media sosialnya.
Ivy League merupakan persidangan olahraga bagi kolej-kolej Amerika, yang terdiri daripada universiti yang berprestij dan terpilih seperti Harvard, Yale, Princeton dan Columbia.
Pemain Terbaik: Sivasangari Subramaniam (Cornell)
'Rookie of the Year': Farida Mohamed (Columbia)
Jurulatih Terbaik: Mike Way (Harvard)
Pasukan All-Ivy League Team:
Sin Yuk Chan, Farida Mohamed, Habiba Mohamed (Columbia), Sivasangari Subramaniam, Wen Li Lai (Cornell), Hana Moataz, Marina Stefanoni, Habiba Eldafrawy, Serena Daniel (Harvard), Andrea Toth (Princeton).
-- BERNAMA
#Skuasy Malaysia #Ivy League #S Sivasangari #Pemain Terbaik Ivy League
;