Sir Mo Farah terharu tamatkan maraton terakhir

Astro Arena
September 10, 2023 07:15 MYT
Aksi Mo Farah selepas tamat perlumbaan Great North Run dari Newcastle ke South Shields, Britain, 10 Sept 2023. - Foto Astro ARENA
SIR Mo Farah mengakui karier yang dilaluinya adalah "satu perjalanan yang menakjubkan" selepas dia menamatkan perlumbaan terakhirnya di Great North Run pada Ahad.
Pelari berusia 40 tahun itu mengumumkan hasrat persaraannya dalam acara separuh maraton Timur Laut awal tahun ini dengan menduduki tempat keempat dalam perlumbaan elit lelaki itu.
Dia menamatkan pertandingan itu dalam masa 1 jam 3 minit dan 28 saat dengan Tamirat Tola dari Ethopia muncul pemenang dengan catatan 1'59:58s.
Perlumbaan itu melabuhkan tirai karier gemilang Farah yang sudah menggondol empat pingat emas Olimpik dan enam gelaran Kejohanan Dunia sambil menegaskan dia hanya menikmati apa yang dilakukannya.
“Ia adalah satu perjalanan yang menakjubkan apabila saya menyorot semula, terdapat begitu banyak mesej dari seluruh dunia yang mengucapkan terima kasih,” katanya kepada agensi berita PA selepas perlumbaan.
“Sungguh gembira melihatnya kerana saya hanya menikmati apa yang saya lakukan dan komited dan terus mendorong diri untuk terus memenangi pingat.
"Untuk mengimbasnya semula dari sudut lain pula dan mendengar orang berkata, 'ini adalah apa yang anda berikan kepada kami, apa yang anda lakukan adalah luar biasa'."
#Sir Mo Farah #pelari #Great North Run #bersara
;