Simeone dibaling objek penyokong Manchester United

Sinar Harian
Mac 16, 2022 10:39 MYT
Aksi Diego Simeone (dua kiri) ketika perlawanan UCL pusingan 16 liga kedua antara Manchester United dan Atletico Madrid di Old Trafford, Manchester, Britain, 15 Mac 2022. - REUTERS
PENGENDALI Atletico Madrid, Diego Simeone dibaling dengan objek oleh penyokong Manchester United ketika dia meninggalkan padang Old Trafford selepas Atletico Madrid menyingkirkan The Red Devils daripada Liga Juara-Juara.
Renan Lodi menjaringkan gol tunggal perlawanan menyaksikan kelab gergasi Sepanyol itu menewaskan Manchester United dengan agregat 2-1, sekali gus mengesahkan tempat ke suku akhir.
Simeone yang menjadi kebiasaan meninggalkan kawasan bangku simpanan sebaik wisel penamat ditiupkan, kali ini bergegas tanpa berjabat tangan dengan pengendali sementara Manchester United, Ralf Rangnick.
BACA: UCL: Gol tunggal Lodi pastikan Atletico singkir Manchester United
Tindakan pengendali Atletico itu menyaksikan dia menjadi sasaran sebahagian para penyokong Red Devils, yang dilihat membaling objek ke arah bekas pemain Argentina tersebut ketika dia menuju ke terowong.
Artikel asal di Sinar Harian
#Manchester United #Diego Simeone #Atletico Madrid #dibaling objek oleh penyokong
;