Sime Darby perlukan sentuhan baharu
Astro Arena
Julai 17, 2015 11:06 MYT
Julai 17, 2015 11:06 MYT
Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria dinasihatkan supaya berundur, itu pandangan yang dilontarkan bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri.
Asmawi menganggap sudah tiba masanya Ismail memberi laluan kepada pengendali baru susulan kegagalan menjulang Sime Darby merakamkan sebarang kemenangan musim ini ini sepanjang kempen Liga Super.
"Kurangnya etika daripada jurulatih Ismail Zakaria.
"Seharusnya apa yang berlaku dalam pasukannya dia kita tengok selepas 13 perlawanan tanpa kemenangan secara prinsip dia perlu meletak jawatan," ulas Asmawi.
Sungguhpun khidmatnya masih diperlukan apabila pengurusan kelab menolak hasratnya untuk meletak jawatan sebanyak dua kali atas dasar tanggungjawab, namun Asmawi menuntut Sime Darby agar melakukan langkah drastik selepas pasukan itu kini terperosok di dasar liga.
Selepas lima tahun membimbing kelab itu, corak latihan yang diterapkan Ismail mungkin sudah tidak boleh di terima pemain.
"Ketua jurulatih harus memikul tanggjgwb jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada pasukan.
"Contoh sekarang apabila kita lihat pada pasukan yang tidak menjadi, konsisten dan menerima kekalahan berturut-turut.
"Keadaan sekarang tiga atau empat game jika pasukan itu kalah, seharusnya jurulatih yang bertanggungjawab."