Simbol Paralimpik 2016 dipertontonkan
Astro Awani
September 3, 2016 17:12 MYT
September 3, 2016 17:12 MYT
Empat hari sebelum temasya Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro membuka tirainya, simbol kejohanan diperkenalkan secara rasmi di pantai Copacabana pada Sabtu.
Rio de Janeiro terus jadi tumpuan peminat sukan dunia khususnya pantai Copacabana apabila pantai ikonik itu menjadi lokasi perasmian simbol dikenali sebagai "agitos" yang menjadi simbol rasmi temasya.
Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Philip Craven menggesahkan arca yang diperbuat daripada plastik kitar semula ini memberi maksud tersirat iaitu "saya bergerak.”
Usaha untuk tidak membezakan atlet normal dengan kelainan upaya berbagai cara sudah dilakukan demi memartabatkan sukan Paralimpik seperti yang dilakukan terhadap temasya Olimpik lalu.
Segalanya usaha tampak berhasil selepas 1.4 juta tiket sudah terjual menerusi atas talian mahupun kaunter sekaligus membawa kepada jangkaan menggunung pengunjung mahupun atlet menjelang upacara pembukaan Rabu depan.
Temasya terbesar bagi atlet kelainan upaya ini dijadual berlangsung dari 7 hingga 18, September depan.