KUALA LUMPUR: Penganjuran kembali Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) pada Oktober ini dijangka mampu menarik kehadiran lebih 170,000 penonton ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata sasaran itu disifatkannya sebagai munasabah berikutan keputusan kerajaan untuk membuka semula pintu sempadan negara bermula 1 April ini.
"Jumlah itu dijangka meningkat kerana dua tahun lepas ia tidak dapat diadakan namun kini ia kembali dan orang ramai ternanti-nanti untuk MotoGP pada tahun ini, jadi sudah tentu sasaran itu boleh dipenuhi.
"Tambahan pula, SIC dengan kerjasama Petronas dalam usaha mengetengahkan sesuatu kelainan pada penganjuran kali ini untuk memeriahkan lagi serta menarik minat orang ramai untuk hadir," katanya pada sidang media secara maya hari ini.
Beliau berkata antara kelainan tersebut adalah mempertimbangkan untuk memberikan kebenaran kepada kanak-kanak memasuki ruangan grandstand yang sebelum ini hanya untuk golongan dewasa.
"Penganjuran kali ini akan memberi fokus kepada 'pengalaman peminat' untuk memberikan kelainan, namun segala ketetapan itu akan dibincangkan kemudian selain mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan kerajaan," katanya.
Beliau berkata perbincangan sedang dibuat untuk menamakan beberapa pelumba tempatan bagi mengisi slot wild card bagi memeriahkan perlumbaan kali ini.
"SIC memang nak menampilkan pelumba tempatan jadi nama-nama seperti Syarifuddin Azman atau dikenali sebagai Damok serta Hakim Danish Ramli merupakan antara pelumba yang dikenal pasti.
"Namun pengesahan satu slot wild card itu tertakluk kepada keputusan pemegang hak MotoGP, Dorna Sports, untuk memberikannya selain indeks prestasi utama (KPI) telah ditetapkan kepada para pelumba untuk dipenuhi," katanya.
Beliau berkata pelumba-pelumba tersebut perlu memenuhi KPI termasuk berjaya menempatkan diri dalam kedudukan podium mahupun berada dalam kelompok 10 teratas dalam kejohanan yang sedang mereka sertai pada masa ini.
Semalam, SIC memaklumkan pihaknya kekal dalam kalendar kejuaraan MotoGP sehingga 2024 dengan Petronas terus menjadi penaja utama perlumbaan.
Pusingan di Malaysia itu akan dikenali sebagai Grand Prix Petronas Malaysia mulai tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022
![SIC sasar lebih 170,000 penonton meriahkan MotoGP SIC sasar lebih 170,000 penonton meriahkan MotoGP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648122719_LitarAntarabangsaS.jpg)
Sasaran itu disifatkannya sebagai munasabah berikutan keputusan kerajaan untuk membuka semula pintu sempadan negara bermula 1 April ini. - Gambar fail
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan sedia gegar Sepang FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan sedia gegar Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717633944_QabilIrfan.jpg)
FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan sedia gegar Sepang
Walaupun masih berusia 12 tahun, dia optimis dengan latihan yang secukupnya mampu meningkatkan penggalamannya.
![Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649035041_ArgentinaMotoGP.jpg)
Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi
Moto GP Argentina 2024 terpaksa dibatalkan berikutan krisis ekonomi yang melanda negara itu.
![Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699780063_TBMOTOGPAZMAN.jpg)
Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang
Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2023, memakan diri sendiri.
![TPM Ahmad Zahid saksi perlumbaan GP Motosikal Malaysia 2023 TPM Ahmad Zahid saksi perlumbaan GP Motosikal Malaysia 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699774053_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
TPM Ahmad Zahid saksi perlumbaan GP Motosikal Malaysia 2023
Timbalan Perdana Menteri meluangkan masa menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.
![Serba tidak menjadi buat Damok di Sepang Serba tidak menjadi buat Damok di Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699695496_TBDAMOK.jpg)
Serba tidak menjadi buat Damok di Sepang
Segala-galanya ibarat tidak menjadi buat pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman apabila beliau terus menampilkan aksi hambar dalam Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) 2023 di Litar Antarabangsa Sepang.
![Hafizh Syahrin umum perkembangan baharu bersama JDT Racing Team minggu depan Hafizh Syahrin umum perkembangan baharu bersama JDT Racing Team minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637073873_HafizhSyahrin.jpg)
Hafizh Syahrin umum perkembangan baharu bersama JDT Racing Team minggu depan
Hafizh Syahrin Abdullah, bakal mengumumkan perkembangan baharunya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, minggu depan.
![Bagnaia congak peluang pertahan status pendahulu Bagnaia congak peluang pertahan status pendahulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699573623_PELUMBADucatiLenov.jpg)
Bagnaia congak peluang pertahan status pendahulu
Pelumba kelahiran Itali berusia 26 tahun itu berharap perlumbaan berlangsung di litar kering dengan keadaan cuaca panas.
![MotoGP: Penjualan tiket capai 85 peratus! MotoGP: Penjualan tiket capai 85 peratus!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699571287_MotoGPTiket.jpg)
MotoGP: Penjualan tiket capai 85 peratus!
Persediaan lebih awal yang dilakukan, disokong sambutan hangat peminat, menyaksikan edisi kali ini lebih meriah berbanding sebelumnya.
![Rapid KL sedia bas khas pada 10-12 Nov sempena MotoGP Rapid KL sedia bas khas pada 10-12 Nov sempena MotoGP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695464265_RapidBus.jpg)
Rapid KL sedia bas khas pada 10-12 Nov sempena MotoGP
Perkhidmatan bas khas itu disediakan di tiga lokasi iaitu Pasar Seni, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan hab bas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.
![SIC perkenal tiket Rahmah RM49.90 saksikan GP Malaysia 2023 SIC perkenal tiket Rahmah RM49.90 saksikan GP Malaysia 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694647461_HannahYeoh.jpg)
SIC perkenal tiket Rahmah RM49.90 saksikan GP Malaysia 2023
Sebanyak 7,000 tiket di K2 Hillstand mula dijual semalam kepada semua rakyat Malaysia secara dalam talian dan kaunter jualan tiket.