SIC: Kematian Muhammad Izzat adalah kerana kemalangan

Astro Awani
September 27, 2013 10:34 MYT
Kematian Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim dianggap sebagai kemalangan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali, kemalangan yang berlaku tidak ada kena mengena dengan kecuaian pelumba mahupun marshal perlumbaan.
Susulan kemalangan yang berlaku Sabtu lepas, Allahyarham Muhammad Izzat bertarung nyawa sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Rabu.
Razlan dan pihaknya merakamkan rasa simpati di atas pemergian pelumba yang baru berusia 17 tahun itu.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.
#Datuk Razlan Razali #Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim #SIC
;