Siapa Sheikh Jassim, bakal pemilik Manchester United?
Agensi
Mei 18, 2023 09:45 MYT
Mei 18, 2023 09:45 MYT
Hartawan Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani membuat tawaran akhir kepada Manchester United untuk mengalahkan pesaing utamanya, Sir Jim Ratcliffe, hartawan British, menurut laporan The Times.
Menurut laporan tersebut, Sheikh Jassim menawarkan untuk membeli 100 peratus kelab tersebut dengan harga hampir 5 bilion paun sterling atau RM28 bilion.
Tetapi siapakah sebenarnya Syeikh Jassim? Berikut adalah apa yang diketahui tentang individu yang berkemungkinan menjadi pemilik baharu Manchester United.
- Sheikh Jassim ialah Pengerusi Qatar Islamic Bank (QIB), salah sebuah bank terbesar di Timur Tengah, dan merupakan sebahagian daripada ahli keluarga diraja Qatar.
- Dilahirkan pada 1982, Sheikh Jassim merupakan penyokong Manchester United sejak kecil dan difahamkan bahawa yayasannya, Nine Two Foundation, merujuk kepada skuad Kelas 92 United yang terkenal, diketuai oleh Ryan Giggs dan David Beckham.
- Bapanya, Hamad bin Jassim bin Jaber Al Thani, adalah Perdana Menteri Qatar antara 2007 dan 2013 dan pernah terlibat dalam pengendalian PSG.
- Sheikh Jassim menerima pendidikan di Akademi Tentera Diraja di Sandhurst, menamatkan pengajian sebagai pegawai kadet sebelum akhirnya menjadi seorang pegawai bank.
- Beliau juga pernah menjadi ahli lembaga pengarah di Credit Suisse, salah satu bank pelaburan terbesar di dunia.
- Nilai aset Sheikh Jassim tidak jelas, tetapi keluarganya dikatakan mempunyai aset sekitar £275 bilion, lapor Manchester Evening News.
- QIB telah disenaraikan di tempat ketiga dalam 30 syarikat paling bernilai di Timur Tengah di Qatar oleh Forbes.
- Sheikh Jassim berkata visinya adalah untuk melihat Manchester United terus kekal cemerlang dalam bola sepak, dan menjadi kelab bola sepak terhebat di dunia.