Siapa bakal jadi pengganti Peng Soon?

Astro Arena
November 6, 2023 07:45 MYT
Sektor pemain beregu profesional yang terikat dengan beberapa komitmen bakal memberikan impak kepada gandingan yang terhasil. - Gambar hiasan/Astro ARENA
KETUA jurulatih profesional badminton negara, Rosman Razak mendedah tiada sebarang perbincangan lanjut mengenai siapa yang mungkin mengganti Chan Peng Soon untuk bergandingan dengan Cheah Yee See dalam masa terdekat.
Ia susulan keputusan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Peng Soon, mengesahkan bakal mengakhiri karier sebagai pemain badminton profesional selepas tamat pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Rosman menjelaskan, walaupun sewaktu sesi latihan Yee See sering bertukar pasangan, namun keputusan tentang siapa yang layak bergandingan tidak boleh diputuskan semudah yang dikira.
"Kami telah membuat perbincangan mengenai perkara itu namun sebarang keputusan dan perancangan akan dilakukan selepas tamat saingan kelayakan," katanya menerusi Nadi Arena.
Hal tersebut berikutan sektor pemain beregu profesional yang terikat dengan beberapa komitmen bakal memberikan impak kepada gandingan yang terhasil.
#Rosman Razak #badminton #Chan Peng Soon #Cheah Yee See
;