KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara Shereen Samson Vallabouy sedia 'bertukar angin' daripada acara kegemarannya 400 meter (m) kepada 100m seperti ketetapan yang perlu dipenuhi sekiranya meraih slot tunggal olahraga negara ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Biarpun ia bukan acara sinonim dengannya, namun Shereen terbukan untuk mendepani cabaran itu bersandarkan pengalaman beraksi di Amerika Syarikat.
Sebelum ini, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memaklumkan slot tunggal hanya tersedia bagi acara 100m, 800m dan maraton.
"Sekiranya saya tidak layak (secara merit) bagi acara 400m berdasarkan ranking ia semestinya antara 100m atau 800m tetapi saya rasa ia lebih ke arah 100m.
"Saya mempunyai kelajuan yang agak baik dan pernah berlari bagi acara itu (100m) serta menyerlah bagi acara 200m. Jadi saya nampak kemungkinan untuk melakukannya," katanya ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.
Pemegang rekod kebangsaan 400m wanita dengan catatan 51.79 saat (s) itu berangkat ke Kejohanan Olahraga Terbuka Kazakhstan berlangsung pada 23 hingga 24 Jun ini yang juga kejohanan terakhir bagi melayakkan diri ke Paris 2024.
Atlet berusia 26 tahun berasal dari Perak itu dalam masa sama berazam untuk terus bangkit memburu kelayakan ke Olimpik secara merit bagi acara 400m seperti yang disasarkan sebelum ini.
"Bagi saya, kejohanan di Kazakhstan amat penting kerana ia adalah peluang terakhir saya untuk melayakkan diri ke Olimpik di Paris nanti.
"Saya hanya mahu melakukan yang terbaik biarpun ada sedikit tekanan dirasai," katanya.
Sebelum ini, KOM mengesahkan Shereen dan Muhammad Azeem Mohd Fahmi berada dalam senarai badan induk sukan itu untuk diberikan satu slot tunggal bagi mewakili Malaysia dalam temasya sukan terbesar dunia itu.
Jawatankuasa pemilihan KOM perlu menyerahkan nama seorang daripada mereka kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum 8 Julai ini sekiranya kedua-dua atlet itu tidak dapat melayakkan diri secara merit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024
SHEREEN: "Sekiranya saya tidak layak (secara merit) bagi acara 400m berdasarkan ranking ia semestinya antara 100m atau 800m tetapi saya rasa ia lebih ke arah 100m." - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Shereen beri tumpuan 400 meter akhir esok bagi perbaiki kelayakan Olimpik
"Masa bukan dalam pemikiran saya hari ini, cuma berlari dengan tenang untuk layak ke pusingan akhir esok."