Shazrin raih emas dalam persiapan SPM

Astro Arena
Jun 9, 2015 20:00 MYT
Syazrin mengumpul 13 mata, mengatasi pencabar terdekat dari Thailand sementara Singapura mendapat gangsa. - Foto Astro Arena
Syazrin hanya tidur 5 jam sehari kerana berlatih dan persiapan SPM. Pengorbanan itu dapat ganjaran awal apabila dia mencipta kejutan menjuarai laser radial wanita bawah 19 tahun di Pusat Pelayaran Nasional pada penampilan sulung temasya.
Syazrin mengumpul 13 mata, mengatasi pencabar terdekat dari Thailand sementara Singapura mendapat gangsa.
Dominasi pelayar kelahiran Langkawi, Kedah ini bermula sejak perlumbaan pertama sebelum mengesahkan emas di perlumbaan kesembilan.
Bagaimanapun, impian emas gagal dicapai pelayar senior, Khairulnizam Mohd Afendy.
Dia beraksi baik hingga perlumbaan keenam sebelum dikenakan penalti perlumbaan ketujuh. Khairul meraih perak dengan 23 mata. Emas milik Singapura sementara Thailand mendapat gangsa.
Namun, Khairul perlu melupakan insiden itu kerana Kejohanan Dunia di Kanada, bulan depan yang juga kelayakan Sukan Olimpik Rio lebih penting.
#Nur Shazrin Mohd Latif #Singapura #SPM #Sukan SEA
;