Sharon Koh terpilih ke skuad elit wanita
Astro Awani
April 27, 2013 07:32 MYT
April 27, 2013 07:32 MYT
Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menamakan Sharon Koh sebagai anggota terakhir skuad elit wanita kebangsaan.
Sharon mengatasi dua lagi pemain iaitu Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Dayang Khairuniza Dhiyana Abang Jamallidon.
Menurut setiausaha kehormat MTBC, Ban Cheng Cheah, pemilihan sharon berdasarkan penelitian prestasi ketiga-tiga atlet itu yang dicalonkan ketua jurulatih kebangsaan, Holloway Cheah.
Mereka dinilai menerusi kejohanan cabaran Brunswick Euro di Munich, Jerman bulan lepas, Kejohanan Boling Kebangsaan ke-37 serta Kejohanan Boling Antara Negeri.
Sharon yang merupakan bekas juara remaja dunia menduduki tempat ke-24 daripada 356 peserta cabaran Brunswick Euro.
Dia akan menyertai lima atlet lain iaitu Shalin Zulkifli, Esther Cheah, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Jacqueline Jenelee Sijore dan Sin Li Jane dalam skuad elit kebangsaan.