Sharil Ishak dinobat pemain terbaik perlawanan
Astro Awani
Januari 10, 2013 23:01 MYT
Januari 10, 2013 23:01 MYT
Kapten Lions Twelve, Shahril Ishak bukan saja menjaringkan gol kemenangan pada Rabu malah dia turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawan.
Bagi Shahril, pengiktirafan ini memberikannya keyakinan untuk membantu Lions meraih kejuaraan musim ini.
Meskipun berdepan masalah kecederaan dan kecergasan musim lalu, Shahril tetap melakukan 19 penampilan bersama Lions dan meraih 12 gol.
Bekas pemain persib Bandung dan Home United ini turut membantu Lions muncul Naib Juara Liga Super dan Mara ke separuh akhir Piala Malaysia.
Skuad Lions musim ini, hanya dibarisi lima pemain yang berusia lebih 23 tahun dan sebahagian besar pemain adalah bekas pemain Young Lions dalam saingan Liga S.