Sharapova harap Williams segera kembali ke gelanggang
Astro Arena
Jun 4, 2018 05:56 MYT
Jun 4, 2018 05:56 MYT
MARIA Sharapova berharap Serena Williams semoga cepat sembuh selepas wakil Amerika Syarikat itu terpaksa menarik diri daripada saingan Terbuka Perancis.
Aksi pusingan keempat Roland Garros itu dibatalkan kerana kecederaan yang membelenggu Williams yang menghadapi kecederaan otot yang dialami ketika mengharungi aksi beregu.
Sharapova mara ke suku akhir, tetapi terlepas peluang untuk meraih kemenangan ke atas Williams
Sharapova berharap semoga dia cepat sembuh dan kembali beraksi dalam gelanggang pada masa akan datang.
"Saya sememangnya menantikan perlawanan berdepan Williams dan kecewa dia terpaksa menarik diri," katanya.
"Saya berharap dia akan kembali sembuh dan menjalani kejohanan akan datang."