Shanshan rangkul kejuaraan LPGA Malaysia kali kedua
Bernama
Oktober 30, 2016 15:27 MYT
Oktober 30, 2016 15:27 MYT
Pemain China, Feng Shanshan menyerlah di pusingan terakhir Kejohanan Golf LPGA Malaysia 2016 untuk merangkul kejuaraan itu buat kali kedua.
Shanshan, 27, mencatat empat bawah par 67 pada aksi di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, di sini hari ini, bagi mengumpulkan catatan keseluruhan 17 bawah par 267.
Berada tiga pukulan di belakangnya adalah pemain Norway, Suzann Pattersen yang mencatat 270 pukulan manakala Anna Nordqvist dari Sweden dan pemain Korea Selatan, Amy Yang berkongsi kedudukan ketiga dengan catatan 272. -- BERNAMA