Shalin Zulkifli buru impian gelaran profesional di AS

Astro Arena
Mei 14, 2021 09:01 MYT
Menurut Shalin, 2009 dan 2010 merupakan tahun terdekatnya hampir memenangi kejohanan utama selepas layak ke separuh akhir Terbuka AS. - Foto Astro ARENA
RATU boling tenpin negara, Shalin Zulkifli, mengorak langkah lebih panjang apabila beralih ke kancah profesional selepas mengumumkan persaraannya awal tahun ini.
Pengundurannya daripada kem kebangsaan membuka ruang untuknya merealisasikan impian sejak kecil.
Atlet berusia 42 tahun itu mendahului Diamond All-Events Kejohanan Wanita Kongres Boling Tenpin Amerika Syarikat (USBC) dengan 2,253 jatuhan pin.
Ia langkah awalnya untuk mula menumpukan karier dalam sirkit Profesional Jelajah PWBA Ogos depan.
"Saya sasarkan satu (gelaran) sirkit kejohanan profesional di sini.
"Ia memang idaman sejak saya mula berkecimpung dalam boling tenpin ketika berumur 10 tahun," katanya ketika muncul dalam Nadi Arena pada Khamis.
Sumber Facebook USBCWomensChamp
BACA: Shalin mahu tumpu impian juarai profesional
TONTON: Bowling | Shalin Zulkifli buktikan keunggulan
Menurutnya lagi, 2009 dan 2010 merupakan tahun terdekatnya hampir memenangi kejohanan utama selepas layak ke separuh akhir Terbuka AS sementara dua tahun lalu, saya dalam kalangan 16 terbaik di Queens.
"Saya mahu menang atau setidak-tidaknya (menaiki) podium."
#shalin zulkifli #boling #boling tenpin #profesional #bersara #Amerika Syarikat #Profesional Jelajah PWBA
;