Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Bernama
Mei 13, 2018 04:50 MYT
Mei 13, 2018 04:50 MYT
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar akan melepaskan jawatannya dalam tempoh terdekat.
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
Walaupun jawatan tersebut bukan atas dasar politik, namun beliau menghormati keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang mahukan perubahan dalam KFA, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, pada Ahad.
Sementara itu, Aminuddin turut menafikan kononnya beliau akan 'lompat parti' untuk menyertai kerajaan Pakatan Harapan (PH) akibat kekalahan Barisan Nasional pada PRU itu.
Aminuddin merupakan calon BN yang kalah kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir di kerusi Dewan Undangan Negeri Jitra pada PRU14.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut mengambil keputusan meletakkan jawatan tersebut seperti kebiasaan dilakukan oleh menteri besar sebelum ini.
-- BERNAMA
#Ahmad Bashah Md Hanipah
#aminuddin omar
#Barisan Nasional
#bola sepak
#DUN Jitra
#Kedah
#KFA
#letak jawatan
#lompat parti
#Menteri Besar
#pengurusan
#Persatuan Bola Sepak
#PRU14
#rakyat
#setiausaha kehormat
#surat