Serie A: Salernitana lantik semula Nicola hanya selepas dua hari dipecat

Astro Arena
Januari 19, 2023 11:25 MYT
Aksi Davide Nicola ketika perlawanan Serie A antara Salernitana dan AC Milan di Stadio Arechi, Salerno, Itali, 4 Jan 2023. - Gambar fail REUTERS
SALERNITANA melantik semula Davide Nicola sebagai ketua jurulatih selepas dua hari memecatnya daripada jawatan itu, demikian dakwaan pengendali berkenaan.
Kelab Serie A itu memecat Nicola kelmarin berikutan kekalahan besar 2-8 kepada Atalanta sehari sebelumnya.
Nicola berhasil mengekalkan Salernitana dalam liga divisyen utama itu musim lalu tetapi kembali bergelut dalam kempen kali ini biarpun membelanjakan sekitar €40juta (RM186.50 juta) pada pramusim -- kekalahan di Bergamo meletakkan mereka kini di tangga ke-16 liga.
Bagaimanapun, selepas dua hari pengumuman pemecatannya daripada jawatan ketua jurulatih, Nicola mendakwa bahawa dia akan kembali menduduki kerusi panas berkenaan selepas memujuk presiden kelab itu, Danilo Iervolino.
Perkembangan terbaru menyaksikan Iervolino mengesahkan dakwaan Nicola itu dengan berkata dalam sidang media: "anda tidak akan tahu seberapa banyak anda akan merindui seseorang."
Salernitana hanya meraih dua mata daripada enam perlawanan liga terkahir dan mereka akan melayani kunjungan pendahulu liga, Napoli, hujung minggu ini sebelum bertemu Lecce dan Juventus.
#Salernitana #Davide Nicola #ketua jurulatih #pecat
;