Serie A: Salernitana buat misi penamat empat teratas AC Milan kian mencabar

Astro Arena
Mac 14, 2023 10:50 MYT
Aksi Boulaye Dia meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan Serie A antara AC Milan dan Salernitana di Stadium San Siro, Milan, Itali, 13 Mac 2023. (Foto AP)
AC MILAN 1 SALERNITANA 1
AC Milan terlepas peluang untuk mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas Serie A apabila Boulaye Dia memadamkan jaringan pembukaan Olivier Giroud untuk Salernitana mengikat kedudukan 1-1 di San Siro awal pagi tadi.
Dengan Inter Milan, Lazio dan AS Roma keciciran mata minggu ini, Milan berpeluang untuk mencerahkan peluang mereka dalam pemburuan slot ke Liga Juara-Juara Eopah (UCL) musim depan dan segalanya tampak baik apabila Giruod menanduk masuk gol pembukaan mereka pada penghujung babak pertama.
Bagaimanapun, Salernitana memberikan respons terbaik dalam babak berikutnya, di mana Dia menyamakan kedudukan pada minit ke-61.
Malang berganda menimpa pasukan tuan rumah itu apabila semakan video bantuan pengadil (VAR) membatalkan keputusan sepakan penalti yang diperoleh mereka memandangkan Ismael Bennacer kelihatan terlalu mudah merebahkan badan sewaktu bersaing dengan Domagoj Bradaric.
Keputusan itu bermakna Milan kekal di tangga keempat Serie A dengan hanya berkelebihan satu mata di atas pasukan di tangga kelima, Roma, dalam perebutan slot ke UCL musim depan.

Bulaye Dia#MilanSalernitana pic.twitter.com/EFzSYgRVXs

— Lega Serie A (@SerieA_EN) March 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#AC Milan #Serie A #Boulaye Dia #Salernitana
;