Serie A: Ibrahimovic peledak gol paling tua

Sinar Harian
Mac 19, 2023 11:55 MYT
Aksi Zlatan Ibrahimovic (kiri) meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika perlawanan Serie A antara Udinese Calcio dan AC Milan di Stadium Friuli, Udine, Itali, 18 Mac 2023. (Foto AP)
ZLATAN Ibrahimovic yang mencecah usia 41 tahun muncul pemain paling tua menghasilkan gol dalam sejarah Serie A awal pagi Ahad.
Bagaimanapun jaringannya menerusi sepakan penalti pada penghujung babak pertama tidak mampu mengelak AC Milan daripada tewas 3-1 kepada Udinese.
Pada aksi itu Udinese terlebih dahulu di depan menerusi Roberto Pereyra pada minit ke sembilan.
Beto kemudian meledak gol kedua sebelum Ehizibue melengkapkan kemenangan Udinese menerusi jaringan ketiga pada minit ke-70.
Susulan kekalahan itu meletakkan skuad kendalian Stefano Pioli kekal di tangga keempat, dua mata di belakang jiran mereka, Inter Milan di kedudukan kedua bagi merebut tempat ke Liga Juara-Juara.
"Kami bermain jauh daripada standard kami.
"Kami tidak berada dalam kedudukan yang bagus dalam liga dan mara ke kedudukan empat terbaik sangat penting bagi kami," ujar Pioli.
Pada usia 41 tahun 166 hari, Ibrahimovic memadam rekod jaringan bekas pertahanan AC Milan, Alessandro Costacurta.
Dia meledak pada aksi Udinese pada 2007 ketika berusia 41 tahun – sebagai penjaring tertua dalam sejarah liga utama Itali.
Costacurta sebelum ini masuk sebagai pemain gantian dalam tiga aksi musim ini selepas diketepikan sejak Mei tahun lalu selepas menjalani pembedahan anterior cruciate ligament di lutut kirinya. - Sinar Harian
#Zlatan Ibrahimovic #Serie A #AC Milan #Udinese Calcio
;