Seri 0-0 dengan Wales, skuad hoki wanita meraih satu mata
Bernama
Julai 31, 2014 10:56 MYT
Julai 31, 2014 10:56 MYT
Skuad hoki wanita meraih satu mata selepas seri 0-0 dengan Wales dalam saingan terakhir Kumpulan B.
Sebelum ini, skuad kendalian Mohd Nasihin Nubli Ibrahim tewas kepada Australia 0-4 diikuti kekalahan 0-2 kepada pasukan tuan rumah serta tewas 0-5 kepada England.
Mohd Nasihin mengakui bukan mudah untuk bersaing pasukan terbaik dunia namun menyifatkan prestasi anak buahnya itu meningkat berbanding ketika beraksi pada Sukan Komanwel New Delhi, India pada empat tahun lepas.
"Apa yang kita mahu ialah jaringan gol. Gol pertama akan memberikan pasukan lebih berkeyakinan di atas padang. Untuk perlawanan seterusnya kita akan bermain secara serangan," katanya.