Sergio Aguero umum bersara selepas dikesan alami masalah jantung

Agensi
Disember 15, 2021 23:35 MYT
Sebagai rekod, Aguero yang pernah bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City selama 10 tahun sejak 2011 telah memulakan kariernya di Independiente sebelum menyertai Atletico Madrid pada 2006. - Twitter/@goal
PENYERANG Barcelona, Sergio Aguero mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak pada Rabu.
Ia selepas sebulan pemain berusia 33 tahun itu dikesan menghidap masalah jantung.
Katanya, ia satu keputusan yang sangat sukar tetapi dia gembira dengan keputusan yang dibuat kerana melihat kesihatan adalah lebih penting.
Aguero sebelum ini telah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama gergasi Sepanyol itu namun hanya beraksi lima perlawanan dan menjaringkan satu gol menentang Real Madrid.
Bintang Argentina itu dikejarkan ke hospital apabila mengalami 'sakit dada' selepas aksi berdepan Alaves, Oktober lalu.
Sebagai rekod, Aguero yang pernah bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City selama 10 tahun sejak 2011 telah memulakan kariernya di Independiente sebelum menyertai Atletico Madrid pada 2006.
#Liga Perdana Inggeris #Sergio Aguero #bola sepak #barcelona #Argentina #masalah jantung
;