Sergio Aguero lega peroleh jaringan pertama
Astro Arena
Mac 3, 2023 06:30 MYT
Mac 3, 2023 06:30 MYT
KAPTEN Sri Pahang FC, Sergio Aguero, mengakui gembira dengan jaringan sulung yang diraih untuk kempen Liga Super musim 2023.
Lebih manis, jaringan ketika berdepan Kelantan itu merupakan jaringan pertama Aguero sebagai pemain tempatan Tok Gajah.
Tonggak naturalisasi kebangsaan itu percaya masih banyak kerja rumah yang perlu dia dan rakan sepasukan laksana dalam usaha memastikan Sri Pahang muncul antara salah sebuah pasukan pencabar musim ini.
Skuad kendalian Fandi Ahmad meraih kemenangan selesa 4-1 hasil jaringan di babak pertama yang disumbangkan Kpah Sherman, Kevin Ingreso, Aguero serta Stefano Brundo.
"Perasaan yang sangat bagus dan saya sangat gembira kerana menjaringkan gol sebagai pemain tempatan Sri Pahang FC," kata Aguero.
"Kami akan cuba terus melakukannya dan meningkatkan lagi momentum untuk meraih tiga mata."
* Artikel asal disiarkan di Stadium Astro.