Serena Williams menang Kejuaraan Wimbledon ketujuh
Astro Awani
Julai 9, 2016 23:43 MYT
Julai 9, 2016 23:43 MYT
Serena Williams memenangi Kejuaraan Wimbledon yang ketujuh dan Grand Slam ke-22 setelah mengalahkan Angelique Kerber di Centre Court pada Sabtu.
Serena hanya memerlukan dua set untuk mengalahkan pemain pilihan nombor 4 dari Jerman itu dengan keputusan 7-5, 6-3.
Bintang Amerika itu memaksa Angelique memerah keringat dalam perlawanan yang mengambil masa 81 minit di Centre Court.
Dengan kemenangan ini, Serena menyamai kutipan Grand Slam yang dicatat Seffi Graf iaitu sebanyak 22 kejuaraan.
Rekod Kejuaraan Grand Slam masih dipegang pemain Australia, Margaret Court.
Serena masih lagi berpeluang memenangi satu lagi Kejuaraan Wimbledon apabila beliau akan berpasangan dengan kakaknya, Venus Williams dalam perlawanan akhir beregu wanita.