Serena cemerlang juarai Terbuka Perancis
AFP
Jun 9, 2013 10:36 MYT
Jun 9, 2013 10:36 MYT
Serena Williams merangkul kejuaraan Tenis Terbuka Perancis buat kali kedua pada Sabtu, 11 tahun selepas gelaran sulung beliau, menewaskan juara bertahan Maria Sharapova dalam ‘straight set’ 6-4, 6-4 dalam permainan yang singkat namun berkualiti.
Ini adalah gelaran Grand Slam ke-16 buat pemain Amerika berusia 31 tahun itu, iaitu dua gelaran kurang daripada Chris Evert dan Martina Navratilova yang menduduki tangga ke-4 dalam senarai gelaran terbanyak.
Kemenangan ini mengukuhkan dominasi beliau dalam acara tenis wanita, selepas memenangi tiga dari empat acara grand slam – Wimbledon, Terbuka Amerika dan Perancis – dan mara ke suku akhir di Terbuka Australia.
Bagi Sharapova, ini adalah kekalahan ke-10 berturut-turut di tangan Williams, di mana kali terakhir beliau menewaskan Williams adalah ketika perlawanan akhir Wimbledon ketika beliau berusia 17 tahun.