Sepupu Khabib, Usman Nurmagomedov juara dunia lightweight Bellator MMA
Haider Yutim
November 19, 2022 19:34 MYT
November 19, 2022 19:34 MYT
USMAN Nurmagomedov berjaya meraih gelaran juara lightweight dunia selepas menewaskan Patricky 'Pitbull' Freire menerusi keputusan sebulat suara di Bellator 288 di Chicago, Illinois, pada Sabtu.
Petarung berusia 24 tahun yang berasal dari Rusia itu, mendominasi keseluruhan pertarungan melalui pukulan serta teknik gelutannya untuk memenangi kejuaraan sulungnya, sekali gus mengikut jejak langkah sepupu dan jurulatihnya, Khabib Nurmagomedov.
Khabib ialah bekas juara lightweight UFC yang bersara tanpa kalah, dan memenangi kesemua 29 pertarungan yang disertainya.
Seperti sepupunya juga, Usman turut memegang rekod tanpa kalah setakat ini dengan 16 kemenangan.
Usman membuat penampilan sulungnya di Bellator MMA pada April 2021 di mana dia menewaskan petarung Amerika Syarikat, Mike Hamel menerusi keputusan sebulat suara.