Separuh Akhir Hoki Piala Dunia: Malaysia tunduk kepada England

Syamil Izwan Azizan
Julai 2, 2013 13:23 MYT
Skuad negara mengalami kekalahan pertama dalam Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru.
Aksi pada Selasa malam itu menyaksikan England menewaskan Malaysia 2-1 dalam perlawanan terakhir kumpulan B.
Meskipun mendapat sokongan padu peminat tempatan di Stadium Hoki Taman Daya, skuad negara bermula agak perlahan.
Lawan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti Richard Smith pada minit ke-20.
Tujuh minit berselang, Malaysia mengikat kedudukan susulan tindakan pantas Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil.
Masuk babak berikutnya, kedua-dua pasukan mula mempamerkan corak lebih terbuka.
Tuah lebih memihak England apabila memperoleh jaringan kedua menerusi Barry Middleton pata minit ke-57.
Keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Malaysia mengumpul empat mata selepas tamat kempen peringkat kumpulan.
#England #hoki #Malaysia #Piala Dunia